Jumaat

Laman sosial pun berevolusi

Ingat tak masa kat sekolah rendah dulu semua orang sibuk dengan Friendster? Kalau kau tak ada memang kuno lar. Maklum lar semua masa tue kononnya ade semangat sokong lar buatan malaysia. Yelar, Friendster kan Malaysia punya.

Tapi bila da nak meningkat remaja pula ramai pakai Myspace, semua orang belumba-lumba nak buat profil paling cantik. Letak mp3 player dengan lagu favourite lar, letak background paling lawa lar, semata-mata nak tunjuk kat kawan profil kita paling hebat. Lepas tue nama semua nak pelik2 aje. Sampai terbelit-belit lar nak bace name member kat myspace tue.

Bila kat sekolah menengah masa zaman budak2 nak naik dulu ramai cari tagged, konon senang nak cari awek lar. Kalau muka hensem senang lar dapat, kalau tak pun tackle perempuan murahan. Ramai kat tagged tue stok-stok jual badan aje. Letak pic semua nak seksi saja, lagi seksi lagi ramai friend lar kononnya.

Sekarang bila da nak naik dewasa semua berpusu-pusu nak ada Facebook. Kalau ada Fb kira da matured lar, sebab kat Fb kena pakai nama betul, tapi itupun ade jugak orang bodoh letak nama pelik2 & belit2. Tak paham betul aku gan manusia ini. Mak bapak penat2 bagi nama sedap2, korang suka-suka pakai nama mengarut-mengarut aje. Bukan sebab nak lindung maklumat intelektual, tapi sebab nak cari populariti.

Bile dengar cerita bom konon Fb nak tutup, semua menggelabah nak cari laman sosial alternatif.

2 ulasan:

Unknown berkata...

laman sosial pun berperingkat-peringkat..

dlu tergedik-gedik men friendster..

skrg fb plak..

may be blog plak yg akan popolar satu hari nnt..

Farhan Erza berkata...

haha.
maybe btol kot.