- Smoker Korang hisap rokok tak? Aku tahu 80% lelaki yang aku jumpa adalah smoker, termasuk aku. Tapi itu dulu, sekarang tak. Korang tak payah lar hisap rokok ini. Buang duit saja. Nak jimat? Pau lar member. Rokok lar benda paling senang untuk dikongsi. Sampai ade setengah orang nak bagi seringgit pun susah, tapi bila mintak Dunhill sebatang mesti bagi.
- Awek Kau umur brape? Skola lagi kan? Tak payah lar nak sibuk couple-couple ini. Buang duit jew. Mak bapak kau bagi duit suruh buat beli buku, makanan, bayar yuran. Bukan buat beli teddy bear untuk awek, buat topup, buat belanja awek makan, belikan hadiah masa valentine konon. Gurl semua tak payah lar pilih laki macam ini. Buat malu jew.
- Hangout Keluar lepak? Tak payah. Duduk rumah main dengan adik lagi bagus. Tapi kalau nak keluar jugak, kalau yang ada kereta tue ajak lar member, paling-paling pun boleh save duit minyak, mintak kongsi dengan member. Tak payah tengok wayang, tak payah shopping. Keluar cuma jumpa member borak-borak & lepak kat mamak jew.
- Karaoke Orang jepun karaoke sebab tue memang budaya diorang? Kita karok sebab apa? Nak jadi bintang realiti konon. Realitinya suara kau memang sumbang. Nasib baik lar bilik karaoke tue kedap bunyi. Kalau tak mesti kau da busuk sebab kena baling tahi. Tengok lar bintang realiti malaya semua macam maggi. Semua segera. Segera popular, segera kaya. Lepas tue jadi apa? Terkapai-kapai sambung belajar balik.
- Topup Memang ramai betul orang berlabur kat sini. Lagi-lagi remaja yang bajet sosial. Lelaki lah terutamanya khususnya yang womanizer. Kejap-kejap handphone kau yang mahal tue kau tekan. Bajet muka hensem sangat lah macam semua awek nak kat kau. Aku cakap? Semua ini buang duit jew. Baik kita jadi dang setia. Layan satu perempuan setiap masa. Hidup tak huru-hara, duit tak keluar banyak. Habis cerita.