Sabtu

The Road Not Taken

Perjalanan hidup aku sekarang adalah di depan persimpangan. Satu jalan menuju ke matrix yang hanya setahun & yuran yang murah, satu jalan lagi pula menuju ke Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang yuran agak mahal & 3 tahun tempoh belajar.

Agak-agak aku nak pilih apa? Setengah kata kau patut masuk matrix, segelintir kata aku patut masuk Dip. Mulut orang memang susah nak tutup. Kata hati aku pula susah nak aku sendiri dengar.

Kalau masuk matrix aku nak ambil pilihan mana satu? Kalau masuk matrix aku ada peluang nak jadi doktor, tapi ramai kata matrix macam rat race, semua bersaing tahap gaban kat matrix. Tapi matrix cambest sebab ada elaun. Masyuk tue...

Diploma Kejuruteraan Mekanikal pula memang bidang yang aku minat & agak yakin untuk berjaya. Confident jew. Ramai kata Lepasan Diploma boleh cari makan, tak macam matrix. Aku dapat Dip ini kat Universiti Tun Hussein Onn yang terletak dekat dengan Batu Pahat. Dekat sana ada banyak shopping mall... tak rasa macam dah salah niat ker?

Whatever lah. Sekarang aku dah buat pilihan muktamad, aku akan buat Diploma, bukan lama sangat pun, pejam jelik pejam jelik dah habis tiga tahun kan jiha?

Doakan aku berjaya ok.

Jumaat

Akhirnya boleh aku decide.

Korang mesti da boleh agak aku nak tulis ape kan.
Yelar, aku nak tulis pasal keputusan aku nak sambung study kat mane.
Matrix da tahu, poli da tahu, form 6 da tahu,
UPU pun da tahu.

Perhatian kepada sesiapa yang tak tahu aku dapat tawaran ape,
Mari sini aku cerita balik,
Matrix aku dapat sains,
Selain tue aku jugak dapat tawaran dari UTHM 
dalam Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

Memang obvious aku akan pilih Diploma lar.
Buat ape nak buang mase kat matrix?
Padahal nanti kena ambik diploma jugak...
Betul kew pemikiran aku ini?
Entah lar, aku pun tak tahu.
Tak ada sesiapa boleh tolong jadi penasihat aku dalam hal ini semua kew?
aku da pening ni...

Tapi 80% hati aku kata kau patut ambik diploma tue...
Sesiapa ade pengalaman dalam hal-hal macam ini sila-silalah bantu ae.

Ahad

Happy Mothers Day...

The Mother That Loves The Mother That Cares The Mother That Helps The Mother That Worries The Mother That Raised Me To Be Who And What I Am Today ...The Mother That Has Lived All These Years For You The Mother That Surviving Only For Me The Mother That Sacrifices The Mother That Is Here The Mother That There Thank You ♥

My GREAT Financial Management...

Semalam aku dengar member aku cakap gaji da keluar. Tapi aku tak dapat check semalam sebab BSN lembab sehari dari bank-bank lain, so gaji aku pun lambat sehari.

Aku yang memang bosan tahap gaban kat rumah lepas lunch tadi terus start motor & gerak pergi Dataran. Nak buat ape lagi? Pergi mesin ATM check berape banyak gaji lar. RM710.++ terpapar kat skrin mesin tue menyatakan baki akaun . Tapi aku 50-50 nak kuakan duit tue tadi, tapi last-last aku blah dengan tangan kosong.

Yelar, empat bulan da aku kerja, tapi tak pernah sekali pun aku menyimpan. Dapat jew gaji aku beli cincin, gelang, cermin mata, t-shirt, nokia 5800 xpressmusic, memory card reader, cover hp. Sesen pun aku tak bagi mak aku, mintak dia duit lagi ade lar. Kedekut betul aku... Teruk kan perangai aku. Da lar boros.

Awek mintak belanja laju jew. Mak mintak duit, macam-macam alasan aku bagi. So, aku nak buat satu perubahan sedikit, sikit jew... banyak-banyak nanti drastik sangat lak orang lain kata aku da gila. 

Aku nak mula menyimpan & bagi gaji aku sikit kat mak aku. Ok tak idea ini? Siapa ade idea lagi bagus? Melabur kew? Member aku cakap beli emas pelaburan yang bagus, sebab harga emas sentiasa naik. Tapi nak beli sebentuk cincin pun aku tak mampu dengan duit yang aku ada sekarang...

Atau aku simpan duit ini sampai cukup untuk aku beli kamera DSLR yang aku idam-idamkan tue??? Entahlar...

Sesiapa boleh tolong?