Isnin

5 cara berjimat Haji Bakhil

  • Smoker Korang hisap rokok tak? Aku tahu 80% lelaki yang aku jumpa adalah smoker, termasuk aku. Tapi itu dulu, sekarang tak. Korang tak payah lar hisap rokok ini. Buang duit saja. Nak jimat? Pau lar member. Rokok lar benda paling senang untuk dikongsi. Sampai ade setengah orang nak bagi seringgit pun susah, tapi bila mintak Dunhill sebatang mesti bagi.
  • Awek Kau umur brape? Skola lagi kan? Tak payah lar nak sibuk couple-couple ini. Buang duit jew. Mak bapak kau bagi duit suruh buat beli buku, makanan, bayar yuran. Bukan buat beli teddy bear untuk awek, buat topup, buat belanja awek makan, belikan hadiah masa valentine konon. Gurl semua tak payah lar pilih laki macam ini. Buat malu jew.
  • Hangout Keluar lepak? Tak payah. Duduk rumah main dengan adik lagi bagus. Tapi kalau nak keluar jugak, kalau yang ada kereta tue ajak lar member, paling-paling pun boleh save duit minyak, mintak kongsi dengan member. Tak payah tengok wayang, tak payah shopping. Keluar cuma jumpa member borak-borak & lepak kat mamak jew.
  • Karaoke Orang jepun karaoke sebab tue memang budaya diorang? Kita karok sebab apa? Nak jadi bintang realiti konon. Realitinya suara kau memang sumbang. Nasib baik lar bilik karaoke tue kedap bunyi. Kalau tak mesti kau da busuk sebab kena baling tahi. Tengok lar bintang realiti malaya semua macam maggi. Semua segera. Segera popular, segera kaya. Lepas tue jadi apa? Terkapai-kapai sambung belajar balik.
  • Topup Memang ramai betul orang berlabur kat sini. Lagi-lagi remaja yang bajet sosial. Lelaki lah terutamanya khususnya yang womanizer. Kejap-kejap handphone kau yang mahal tue kau tekan. Bajet muka hensem sangat lah macam semua awek nak kat kau. Aku cakap? Semua ini buang duit jew. Baik kita jadi dang setia. Layan satu perempuan setiap masa. Hidup tak huru-hara, duit tak keluar banyak. Habis cerita.

Jumaat

Akhirnya lulus juga

Hari ini kali ketiga aku jejak kaki kat MSDC untuk jalani test JPJ motor Bahagian 3 aku. Malu sebenarnya aku nak cerita ini. Tapi memang pada hakikatnya aku buat test JPJ tiga kali. Abang Yahya tue kate aku benak betul aku ini.

P/S: Abg yahya tue ejen lesen aku.

Aku pagi tadi first time pergi hantar mak aku pergi kerja, mungkin dari sini datang berkatnya. Haha.

Semalam masa pergi Pantai Puteri aku baru cabut sticker L aku.  Pagi tadi tampal balik semata-mata nak pergi test. Yelar, minggu lepas JPJ relax duduk ddepan simpang tahan & saman siapa yang tak tampal sticker L & takde side mirror.

Kat MSDC pagi tadi aku jumpe Sufian, Nazirul Haziq yang sama-sama ambik ulangan bahagian tiga macam aku jugak. Alhamdulilah, kami bertiga lulus.

Aku bukan apa tak lulus kali pertama tue, aku da penat sebenarnya, sebab malam tue aku keluar dengan saudara aku pergi tengok movie Fast Five. Lepas habis movie tue kami lepak pula Dataran MBMB sampai tiga pagi. Memang lesu gila badan aku bangun pagi tue.

Kali kedua lak lain sikit cerita nya. Aku da ready da pagi tue, siap sarapan lagi. Memang tabiat aku kalau pagi-pagi minum air banyak-banyak. Memang buruk padahnya. Masa da hampir giliran aku diuji, pundi kencing aku ini macam nak explode. Tak tahan kencing punye pasal aku bawak motor laju-laju mase test tue.

Korang percaya tak cerita bom aku ini? Terpulang ler. Aku cuma nak kongsi...

Khamis

Pupus ke air mata lelaki?

Tadi kat Facebook, syim cerita pasal air mata laki...

Ini status Syim

ini pula antara komen nya


Buka blog pun cerita pasal air mata lelaki.

Dua-dua pendapat dari kaum hawa, sekarang kaum adam sendiri nak cerita.

Ketahuilah bagi kami lelaki,

air mata tidak ternilai dengan batu permata,
air mata hanya lambang seorang wanita,
air mata buat kami jadi tak gagah,
air mata takkan selesaikan apa-apa,
air mata bukan untuk semua tetapi hanya untuk si dia.

Bila lelaki menitiskan air mata, dunia hampir kiamat baginya.

Melayu kita

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

Ketahui hak sebelum 'rela' dimadu

Hampir setiap hari di dada akhbar kita disaji dengan kes penceraian artis-artis tanah air kita. Tapi hari ini aku bukan nak cerita pasal artis kita. Aku nak cerita pasal masyarakat kita. Macam menjadi kebiasaan pasangan yang baru berkahwin bercerai-berai selepas 2 tahun berumah tangga. Tapi itu pun bukan tajuk aku kali ini.

Aku sebenarnya nak cerita mengenai pasangan yang lama berumah tangga bercerai akibat kengganan pihak isteri untuk meneruskan kehidupan secara berpoligami. Memang poligami menjadi kepantangan ramai wanita. Tapi melarikan diri, memberontak atau menuntut untuk bercerai bukan pilihan yang patut diambil oleh wanita. Aku bercakap begini bukan kerana aku lelaki tapi kerana aku prihatin.

Isteri juga hendaklah menerima hakikat bahawa mengizinkan suami berpoligami tidaklah bermakna bahawa mereka hilang segala-galanya dan berakhirlah kehidupan mereka. Sebaliknya jika penceraian berlaku anak-anak akan mendapat kurang perhatian dan kasih sayang dari seorang bapa dan pembahagian harta menjadi kelam kabut.

Adalah baik untuk difikirkan jika isteri pertama dapat menggunakan kebijaksanaannya dengan meletakkan syarat dimaktubkan dalam satu perjanjian yang menyatakan haknya sebagai isteri pertama kepada harta, pembahagian masa dan nafkah isteri dan anak jika poligami itu diteruskan suami.

Dengan adanya perjanjian seumpama ini, isteri pertama akan dapat memastikan bahawa hak-haknya sebagai isteri pertama akan terbela pada setiap masa.Malah, tindakan mahkamah boleh diambil jika suami mengabaikan tanggungjawabnya.

Ramai isteri mengetahui bahawa bahagian faraid mereka adalah 1/8 jika mereka mempunyai anak dan 1/4 jika mereka tidak ada anak tetapi ramai di kalangan wanita yang terlepas pandang bahawa jika suami mereka berpoligami contohnya mempunyai dua isteri maka bahagian 1/8 isteri berkenaan akan dibahagi dua menjadi 1/16 bersama isteri yang baru atau dibahagi tiga jika suami berkahwin tiga.

Bagi memastikan sumbangan isteri pertama yang bersama-sama bersusah payah dengan suami bagi tempoh yang lama dapat dilindungi daripada dituntut oleh isteri muda atau anak tiri, adalah perlu bagi suami menyatakan dengan jelas hak isteri pertama melalui Ikrar Harta Sepencarian atau Suratcara Hibah.

Tanpa menggalakkan amalan poligami yang menjadi kepantangan sesetengah wanita, kita perlu menerima hakikat bahawa sudah tiba masa masyarakat Melayu kita menilai semula persepsi kita berkaitan poligami. Budaya dan tanggapan masyarakat Melayu di Malaysia begitu memandang serong kepada suami yang ingin berpoligami hinggakan terkadang kita seolah-seolah menghantar isyarat yang salah kepada kaum lelaki bahawa mempunyai hubungan sulit secara tidak sah adalah lebih baik daripada berpoligami.

Selasa

Mati lagi dekat dari bahu kiri

Malam tadi aku keluar pergi topup kat kedai depan tue. Maxis rm5 jew, gah saving nak sambung belajar ini. Macam biasa lar aku naik Lagenda merah aku tue.

Sebelum masuk simpang depan rumah aku tue aku nampak ada motor tengah laju dari arah bertentangan. Menilai dari pengalaman aku, aku masih sempat nak masuk kat simpang ini.

Selesai jew masuk simpang aku terus berhenti depan rumah buka gate...

bbooommm!!!


Aku pun menolah ke arah bunyi yang kuat tue. Apa yang aku nampak cuma percikan api. Lagi? Lagi? Aku nampak satu tubuh terkulai kat tengah jalan.

Hah?! Orang accident lar. Aku gelabah tak tahu nak buat apa. Aku bukan pernah belajar buat rawatan kecemasan.Aku buat apa yang aku paling pandai. Call orang lar, kali ini nombor keramat 999 yang aku tekan. Memang tak pernah sepanjang hidup aku call nombor ini.

Aku tengok banyak darah kat mangsa sorang ini, nampak macam tak sedar jew. Aku nampak satu basikal satu motor. Mesti ada dua orang nye. Tapi aku nampak satu saja. Tengok lagi dekat rupanya ada lagi sorang, yang ini nampak ok sikit.

Dengar saja ada orang jawab 999 tue aku terus cakap hello, suara kat sana terus tanya 'encik farhan ada sebarang kecemasan?' Patutlar sekarang dah takde orang buat panggilan palsu, boleh kenal identiti kita rupanya.

Inilah budaya orang Malaysia, ada accident jew mesti macam pesta, semua hurung. Lima minit selepas accident berlaku tempat ini da macam pasar malam, ramai sesangat.

Aku tengok lagi sekali lagi mangsa kejadian, yang teruk tue memang da tak nampak muka, habis terburai isi pipi dia, yang lagi satu tue lebam sikit-sikit saja. Aku usha balik yang teruk tadi, kaki die da lembik lar, ini mesti dah patah.

Dalam lima belas minit selepas kejadian baru Ambulans sampai. Yang patah kaki tue saja naik ambulans, yang satu lagi kata dia da call family kata family die nak bawak pergi hospital.

Aku terfikir mungkin yang kena langgar itu boleh jadi aku. Ini buat aku sedar bila-bila maut boleh datang menjemput.

Akhir kata, tunggang dengan selamat, ingatlah yang tersayang.

Isnin

Angry Bird kegilaan terkini

Aku dua tiga hari ini walaupun 24 jam duduk depan lappy tapi aku tak berapa aktif online kan? Korang perasan tak? Aku jarang ajak chat. Aku jarang comment status. Aku jarang Blogwalking. Aku jarang upload gambar.

Nak tahu kenapa?

Semua gara-gara penangan game Angry Bird lar. Memang seronok gile main game ini kalau korang tahu camne nk mainkannya.

Burung dalam game ini berlainan sebab setiap darinya mempunyai fungsi yang berbeza, yang merah boleh 'lock on' target, yang kuning boleh bergerak laju, yang biru boleh berganda jadi tiga, yang putih boleh jatuhkan telur yang boleh meletup, yang hitam pula boleh meletup dengan sendiri.

Cara nak mainkan game ini pula senang, aim korang adalah membunuh setiap babi yang ada dalam sesuatu level. Korang kena selesaikan satu level baru boleh nak satu level yang lain.

Memang seronok game ini, dengan character yang cute giler, letupan, cara nak main yang senang, banyak level & takde bluffing.

Ini pula video Angry Bird yang aku tengok kat YouTube:

Jumaat

Laman sosial pun berevolusi

Ingat tak masa kat sekolah rendah dulu semua orang sibuk dengan Friendster? Kalau kau tak ada memang kuno lar. Maklum lar semua masa tue kononnya ade semangat sokong lar buatan malaysia. Yelar, Friendster kan Malaysia punya.

Tapi bila da nak meningkat remaja pula ramai pakai Myspace, semua orang belumba-lumba nak buat profil paling cantik. Letak mp3 player dengan lagu favourite lar, letak background paling lawa lar, semata-mata nak tunjuk kat kawan profil kita paling hebat. Lepas tue nama semua nak pelik2 aje. Sampai terbelit-belit lar nak bace name member kat myspace tue.

Bila kat sekolah menengah masa zaman budak2 nak naik dulu ramai cari tagged, konon senang nak cari awek lar. Kalau muka hensem senang lar dapat, kalau tak pun tackle perempuan murahan. Ramai kat tagged tue stok-stok jual badan aje. Letak pic semua nak seksi saja, lagi seksi lagi ramai friend lar kononnya.

Sekarang bila da nak naik dewasa semua berpusu-pusu nak ada Facebook. Kalau ada Fb kira da matured lar, sebab kat Fb kena pakai nama betul, tapi itupun ade jugak orang bodoh letak nama pelik2 & belit2. Tak paham betul aku gan manusia ini. Mak bapak penat2 bagi nama sedap2, korang suka-suka pakai nama mengarut-mengarut aje. Bukan sebab nak lindung maklumat intelektual, tapi sebab nak cari populariti.

Bile dengar cerita bom konon Fb nak tutup, semua menggelabah nak cari laman sosial alternatif.

Selasa

7 Alasan pakwe korang taknak kahwin dengan korang

Tak cantik konon
Kurang asam betul... Couple dah lapan tahun tapi bila ajak kahwin alasannya dah tak cantik macam mula jumpa dulu. Memang dasar jantan  mata keranjang.

Duit tak cukup
Macamana nak cukup kalau tak pernah menyimpan. Dapat gaji berjoli sakan, tambah aksesori kereta kasi cantik.Awek makin tua, makin kedut, makin tak cantik (Baca nombor satu balik)

Hutang banyak lagi
Balik-balik alasan hutang belajar tak habis lagi, hutang kad kredit makin bertambah. Hutang meman tak pernah selesai, makin bertimbun ada la.

Adik-adik masih bersekolah lagi
Boleh diterima... nak buat macam mane dah jadi anak lelaki sulung maka kena la bertanggunjawab kat keluarga, lagi-lagi mcam aku abang sulung yang ada enam adik ini. Hehe. Tapi takkan nak tunggu semua adik-adik habis sekolah? Alamat dah berkedut la baru dapat kahwin.

Ekonomi tak stabil
Apa hal pulak  dengan masalah ekonomi. Ekonomi okey ke tak okey, kalau korang kata okey... esok lusa dah boleh kahwin.

Tak berani cakap dengan bini pertama
Amboi... bercinta nak, pasang spare tyre nak, tapi bila ajak kahwin kata tak berani nak terus terang. Confirm takut bini pakwe kau ini.

Belum sampai seru
Jodoh tak sampai hapanya? Dah couple sampai 9 tahun ini kira dah sampai jodoh la nih. Nak seru jodoh macam mana lagi?

Isnin

Bangun pagi 2 bungkus nasi lemak

Inilah rutin aku, bangun pagi serapan nasi lemak saja. Sebungkus sebelum mandi, sebungkus lagi lepas mandi.

Da naik muak aku makan nasi lemak ini hari-hari. Nak makan benda lain malas pula nak pergi menapak jauh sikit. Huhu.

Da lepas makan sebungkus tue baru aku ada tenaga nak online. Kalau tak, badan rasa tak sedap saja.

Sebenarnya bukan aku yang beli pun nasi lemak itu. Entah emak aku atau ayah aku. Aku tak tahu siapa yang beli sebab aku tak nampak.

Yang aku tahu aku bangun 7.30 pagi dua bungkus nasi lemak mesti da tersedia atas meja. Terima kasih kepada sesiapa yang belikan itu.

Kalau orang yang beli itu baca entry ini, lain kali tolonglah beli kuih @ roti canai pula. Bosan lah makan nasi lemak saja. Naik mengantuk masa kerja pun ada.

Sabtu

The Road Not Taken

Perjalanan hidup aku sekarang adalah di depan persimpangan. Satu jalan menuju ke matrix yang hanya setahun & yuran yang murah, satu jalan lagi pula menuju ke Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang yuran agak mahal & 3 tahun tempoh belajar.

Agak-agak aku nak pilih apa? Setengah kata kau patut masuk matrix, segelintir kata aku patut masuk Dip. Mulut orang memang susah nak tutup. Kata hati aku pula susah nak aku sendiri dengar.

Kalau masuk matrix aku nak ambil pilihan mana satu? Kalau masuk matrix aku ada peluang nak jadi doktor, tapi ramai kata matrix macam rat race, semua bersaing tahap gaban kat matrix. Tapi matrix cambest sebab ada elaun. Masyuk tue...

Diploma Kejuruteraan Mekanikal pula memang bidang yang aku minat & agak yakin untuk berjaya. Confident jew. Ramai kata Lepasan Diploma boleh cari makan, tak macam matrix. Aku dapat Dip ini kat Universiti Tun Hussein Onn yang terletak dekat dengan Batu Pahat. Dekat sana ada banyak shopping mall... tak rasa macam dah salah niat ker?

Whatever lah. Sekarang aku dah buat pilihan muktamad, aku akan buat Diploma, bukan lama sangat pun, pejam jelik pejam jelik dah habis tiga tahun kan jiha?

Doakan aku berjaya ok.

Jumaat

Akhirnya boleh aku decide.

Korang mesti da boleh agak aku nak tulis ape kan.
Yelar, aku nak tulis pasal keputusan aku nak sambung study kat mane.
Matrix da tahu, poli da tahu, form 6 da tahu,
UPU pun da tahu.

Perhatian kepada sesiapa yang tak tahu aku dapat tawaran ape,
Mari sini aku cerita balik,
Matrix aku dapat sains,
Selain tue aku jugak dapat tawaran dari UTHM 
dalam Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

Memang obvious aku akan pilih Diploma lar.
Buat ape nak buang mase kat matrix?
Padahal nanti kena ambik diploma jugak...
Betul kew pemikiran aku ini?
Entah lar, aku pun tak tahu.
Tak ada sesiapa boleh tolong jadi penasihat aku dalam hal ini semua kew?
aku da pening ni...

Tapi 80% hati aku kata kau patut ambik diploma tue...
Sesiapa ade pengalaman dalam hal-hal macam ini sila-silalah bantu ae.

Ahad

Happy Mothers Day...

The Mother That Loves The Mother That Cares The Mother That Helps The Mother That Worries The Mother That Raised Me To Be Who And What I Am Today ...The Mother That Has Lived All These Years For You The Mother That Surviving Only For Me The Mother That Sacrifices The Mother That Is Here The Mother That There Thank You ♥

My GREAT Financial Management...

Semalam aku dengar member aku cakap gaji da keluar. Tapi aku tak dapat check semalam sebab BSN lembab sehari dari bank-bank lain, so gaji aku pun lambat sehari.

Aku yang memang bosan tahap gaban kat rumah lepas lunch tadi terus start motor & gerak pergi Dataran. Nak buat ape lagi? Pergi mesin ATM check berape banyak gaji lar. RM710.++ terpapar kat skrin mesin tue menyatakan baki akaun . Tapi aku 50-50 nak kuakan duit tue tadi, tapi last-last aku blah dengan tangan kosong.

Yelar, empat bulan da aku kerja, tapi tak pernah sekali pun aku menyimpan. Dapat jew gaji aku beli cincin, gelang, cermin mata, t-shirt, nokia 5800 xpressmusic, memory card reader, cover hp. Sesen pun aku tak bagi mak aku, mintak dia duit lagi ade lar. Kedekut betul aku... Teruk kan perangai aku. Da lar boros.

Awek mintak belanja laju jew. Mak mintak duit, macam-macam alasan aku bagi. So, aku nak buat satu perubahan sedikit, sikit jew... banyak-banyak nanti drastik sangat lak orang lain kata aku da gila. 

Aku nak mula menyimpan & bagi gaji aku sikit kat mak aku. Ok tak idea ini? Siapa ade idea lagi bagus? Melabur kew? Member aku cakap beli emas pelaburan yang bagus, sebab harga emas sentiasa naik. Tapi nak beli sebentuk cincin pun aku tak mampu dengan duit yang aku ada sekarang...

Atau aku simpan duit ini sampai cukup untuk aku beli kamera DSLR yang aku idam-idamkan tue??? Entahlar...

Sesiapa boleh tolong?
   

Khamis

The Fantasy

Peristiwa hari ini betul-betul buat aku terfikir keputusan yang kita buat hari ini akan menentukan kehidupan kita di masa depan. Kenapa aku kata macam itu?

Hari ini aku dapat seorang customer melayu ini yang dari penilaian mata materialistik aku memang nampak dia ini seorang yang berpoket tebal. Cayalah. Aku pun pergi lar serve dia, tiba-tiba dia tanya
Customer: Baru habis SPM ker dik? Brape dapat?
Aku: Ha'ah.Dapat 8A 1B jew bang.
Customer: Hah? (Dia pandang aku atas bawah) Tahniah!
Dia terus salam tangan aku sebagai tanda tahniah.
Customer: Habis tue lepas ni nak sambung mane?
Aku: LAW! (Dengan penuh yakin aku jawab soalan dia, entah betul ker x aku mase ni?)
Cutomer: Jadi lawyer ini macam buka kedai runcit gak dik. Lawyer ini memang sedap kerjanya. Lumayan. Tapi cuba fikir dunia akhirat. Apa hukumnya kalau orang tue bersalah, kita putar belit, orang tue terlepas dari dakwaan, apa hukumnya?
Customer pergi try baju yang aku bagi tadi.
Terdiam aku dengar ayat dia. Betul gak kalau difikir-fikirkan.
Lepas dia habis try baju dia terus sambung cite,
Customer: Sebenarnya abang ini bekas peguam, baring tilam mahal pun tak boleh tidur. Hati gelisah aje. Tue abang berhenti. Pakai mahal-mahal, duduk rumah besar, tidur tilam lembut, pakai kereta mewah, tapi kalau mati t duk neraka tak guna jugak! Tapi kalau kau minat kau buat lar. Mungkin kau minat gan dunia kan?
Tergamam aku dengar pengakuan dia! 
Susah gak nak pilih kerja ini ae?Aku tak mengharap sangat dapat kerja gaji juta-juta sebulan, aku just nak hidup senang, ada masa untuk family, ada masa santai gan member, boleh belanja besar sikit, anak dapat belanja skola bagus, dapat bagi nafkah kat bini secukupnya & ada wang yang cukup untuk aku bersara dengan senang masa hari tua nanti.
Boleh ker???

Matrix Evolution

Hahaha. Title nak gempak jew. Padahal cerita pasal aku nak masuk matrikulasi jew. Yup, guys. Aku already decided nak masuk matrix jew. Lepas matrix baru aku decide aku nak masuk mana. Ala, setahun saja kan? Bukan lama pun. Pejam celik pejam celik da habis. Haha. Padahal aku belum rasa lagi. Senior semua kata kat Matrix kita perlu struggle sikit. Betul kew ini? Aku da lar jenis relax & slow mo jew. Kat Matrix semua berlumba-lumba. Semua orang pakai Turbo gan NOS. Tapi aku macam Siput jew. Hahaha. Apa aku mengarut ini?

Sebenarnya aku agak suka dapat masuk Matrix, dapat elaun makan, dapat banyak masa lagi fikirkan bidang apa yang sepatutnya aku masuk, aku suka pakai formal, & aku memang tak tahu nak sambung belajar kat mana sebanarnya. hahaha. Pathetic betul aku ini. Siapa boleh tolong?

Ahad

Destinasi Bajet!

Hah! Tengok title pun mesti da taw aku nak cerita pasal ape kan. Aku nak cerita pasal adventure seorang dak melaka menaiki bas pergi Hotel Kuda. Korang pernah dengar pasal Hotel Kuda x? Terbaik kot hotel ni. 6 Bintang bai. Korang memang duk gua mengadap facebook jew kalu hotel ini pon tak tahu. Selebriti kalau nak kahwin buat kat hotel ni lar baru standard! Hahaha. Hotel Kuda yang aku maksudkan tue sebenarnye Hotel Palace Of Golden Horses lar...

Ini lar antara kuda2 yang ade kat dalam hotel tue.
Adventure aku bermula seawal 8 pagi lagi. Maklum lar, semangat nak pergi da berkobar-kobar. Member lain rilek jew gah tidur lagi kat rumah. Aku yang jakun ini da siap naik bas da. Pukul 8.50 aku da sampai kat Melaka Sentral. Macam biase lar, rm1.80 harga tambang bas aku dari Telok Mas naik bas ke MC(Melaka Sentral lar). Sesudah sampai aku kat Mc tue terus jew aku pergi kat kaunter bas antara negeri. Ade lar Pakcik ni macam tahu-tahu jew aku nak pergi KL, terus die pergi 'Dik, KL dik, sekarang!'. Aku yang malas nak memerah otak di waktu pagi terus jew gerak pergi kaunter pakcik tue. 'Brape cik?', ak tanya.
'RM12 dik, bas yang sana tue'. Die tunjuk kat aku bas yang tertulis Melor Eskpres.Aku pun apa lagi, terus lar naik. Lame giler kot nak tunggu bas ni gerak.

Aku pon ingat turun nak beli pape lar, beli Cool Blog ker, sedap gak. Tapi belum sempat aku nak sampai mane2 kedai, pakcik yang jual tiket tue terus jerit kat aku 'Dik, bas da nak gerak dik'. Memecut aku lari. Hehe. Sape tak takut kena tinggal bas? Da lar segala harta aku ada dalam bas tue. Nak tahu tak kenapa bas tue lambat gerak? Rupa-rupanye driver bas yang da tua tue lupa kat mana dia letak kunci bas. Bengong kan? Aku yang memang sah-sah x cukup tidur malam tue bantai lar tidur dalam bas.

Bangun2 jew aku da sampai kat Highway. Signboard pertama yang aku nampak UPM. Wah! Da jauh bas ini jalan rupenya. Tak lama lepas itu aku nampak bas ini menuju ke satu kompleks yang agak besar jugak lar. Rupanya inilah die Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan. Kalah Melaka Sentral besarnya. Nasib baik lar bas ibi berhenti kat sini, rupa-rupanya aku da dekat gan hotel kuda tue, naik KTM, satu stesen jew da sampai Serdang. Sampai jew kat stesen Serdang, aku pekena nasi ayam gan milo ais kat situ. Mahal bai! Rm7.00 semua sekali. Kacang mesej aku suruh aku lepak The Mines. 3 jam aku ronda The Mines tue. Ini semua gara-gara aku yang terlebih semangat nak sampai awal. Padahal member semua gah lepak kat rumah lagi.

Tunggu punya tunggu punya tunggu... Akhirnya Raff, Rezza & Kacang pun sampai gak, selamba jew Rezza suruh aku menapak pergi KTM jumpe dorang. Kerana tidak diberi pilihan lain, aku pun memulakan langkah aku. Kami pun naik teksi dari KTM ke Hotel Palace Of Golden Horses. Agak mahal lar tambang teksi-teksi kat stesen ni, RM17 kot, da lar kami yang kena bayar tol. Biol nye teksi. Padahal harga sebenar RM15 jew.
Ini view dari bilik. smart x?
Sebenarnya panjang lagi adventure aku ini. Tapi kena sambung dalam entry lain. Aku busy lar. Bye bye!

Rabu

Wish Me Luck Ok?

Aku sebenarnya da lame ade minat dalam bidang fotografi ini,
tapi nak start taking picture mesti kena ade kamera dulu,
betul tak?
sementara aku berpeluang bekerja part time ini & mempunyai duit sendiri,
aku pun mengambil keputusan nak... 
kumpul duit!
aku pun macam tak percaya aku cakap perkataan ini.
hahahaha.
tapi nak buat macam mane?
nak minta mak aku belikan kamera sebagai hadiah SPM,
dia sibuk nak belikan aku motor!
katanya motor lebih berguna buat aku berbanding kamera.
maybe ada betulnya gak cakap mak aku tue?
entahlarrr...
yup!
inilah dia Canon EOS 550D!
kamera idaman aku.
korang doakan lar aku berjaya mengumpul duit untuk beli kamera ini.
sebenarnya aku ini seorang yang seorang pemboros,
lagi-lagi dalam bab shopping baju ini,
nampak aje yang berkenan mesti aku beli.
tapi aku akan cube 110% mengumpul duit nak beli kamera ini.
wish me luck ok guys?

Pening Aku Jadinya... %(

"Tahniah! Anda telah terpilih untuk menghadiri temuduga pelajar UPNM Sesi Akademik 11/12."

Akhirnya aku one step closer to UPNM, tapi aku nak sangat jadi pegawai kadet & jalani latihan tentera, tapi aku sedar aku tak layak sebab aku rabun. Tapi masa mohon UPU hari tue, aku mohon UPNM jugak, maybe sebab aku nak sedapkan hati kot. Sebenarnya aku da baca syarat kemasukannya awal-awal lagi. tapi nak buat macam mana? Benda da tak boleh ubah... Masalahnya sekarang aku dilanda dilema. Pergi @ tak pergi? Kalau pergi mesti kecewa tak dapat jadi pegawai kadet, tapi kalu tak pergi rasa rugi pula tak mencuba! huhuhu. Someone please give some advice... Atau memang patut aku tolak je tawaran ini. Tapi course yang aku mohon tue best kot, Asasi Sains Dan Teknologi Pertahanan.

Khamis

Berhenti Hujung Bulan Ini @ Keep Going?

5 sebab aku nak berhenti kerja:

  1. aku da bosan berdiri 4,7,8 jam kat kaunter G2000 tue.
  2. aku tak suka pakai uniform part time tue.
  3. aku benci aku tak dapat jadi permanent
  4. aku nak luangkan lebih banyak masa dengan family aku.
  5. aku nak luangkan lebih masa dengan Shima Azman
5 sebab aku perlu keep kerja:

  1. boring gila duduk rumah sorang-sorang
  2. duit tak ada, susah aku nak gerak mana-mana (segan gila nak mintak dengan mak)
  3. awal bulan dapat gaji memang seronok.
  4. aku tak jumpa benda lain lebih berfaedah dari bekerja.
  5. seronok dapat jumpa member-member kat parkson tue.
korang semua tolonglah komen & bagi pendapat.