Khamis

The Fantasy

Peristiwa hari ini betul-betul buat aku terfikir keputusan yang kita buat hari ini akan menentukan kehidupan kita di masa depan. Kenapa aku kata macam itu?

Hari ini aku dapat seorang customer melayu ini yang dari penilaian mata materialistik aku memang nampak dia ini seorang yang berpoket tebal. Cayalah. Aku pun pergi lar serve dia, tiba-tiba dia tanya
Customer: Baru habis SPM ker dik? Brape dapat?
Aku: Ha'ah.Dapat 8A 1B jew bang.
Customer: Hah? (Dia pandang aku atas bawah) Tahniah!
Dia terus salam tangan aku sebagai tanda tahniah.
Customer: Habis tue lepas ni nak sambung mane?
Aku: LAW! (Dengan penuh yakin aku jawab soalan dia, entah betul ker x aku mase ni?)
Cutomer: Jadi lawyer ini macam buka kedai runcit gak dik. Lawyer ini memang sedap kerjanya. Lumayan. Tapi cuba fikir dunia akhirat. Apa hukumnya kalau orang tue bersalah, kita putar belit, orang tue terlepas dari dakwaan, apa hukumnya?
Customer pergi try baju yang aku bagi tadi.
Terdiam aku dengar ayat dia. Betul gak kalau difikir-fikirkan.
Lepas dia habis try baju dia terus sambung cite,
Customer: Sebenarnya abang ini bekas peguam, baring tilam mahal pun tak boleh tidur. Hati gelisah aje. Tue abang berhenti. Pakai mahal-mahal, duduk rumah besar, tidur tilam lembut, pakai kereta mewah, tapi kalau mati t duk neraka tak guna jugak! Tapi kalau kau minat kau buat lar. Mungkin kau minat gan dunia kan?
Tergamam aku dengar pengakuan dia! 
Susah gak nak pilih kerja ini ae?Aku tak mengharap sangat dapat kerja gaji juta-juta sebulan, aku just nak hidup senang, ada masa untuk family, ada masa santai gan member, boleh belanja besar sikit, anak dapat belanja skola bagus, dapat bagi nafkah kat bini secukupnya & ada wang yang cukup untuk aku bersara dengan senang masa hari tua nanti.
Boleh ker???

4 ulasan:

siti sarah berkata...

pilih lah yg terbaik untuk diri..yg penting niat kite...

Farhan Erza berkata...

betul gak ae. yang paling penting nawaitu kita. tapi masih blur nak memilih.

geyha berkata...

law x apat jdi lawyer jdi loyer buruk pon ok gak pe???hahaha

Farhan Erza berkata...

hahaha. loya buruk adik aku pun leh buat.