Selasa

7 Alasan pakwe korang taknak kahwin dengan korang

Tak cantik konon
Kurang asam betul... Couple dah lapan tahun tapi bila ajak kahwin alasannya dah tak cantik macam mula jumpa dulu. Memang dasar jantan  mata keranjang.

Duit tak cukup
Macamana nak cukup kalau tak pernah menyimpan. Dapat gaji berjoli sakan, tambah aksesori kereta kasi cantik.Awek makin tua, makin kedut, makin tak cantik (Baca nombor satu balik)

Hutang banyak lagi
Balik-balik alasan hutang belajar tak habis lagi, hutang kad kredit makin bertambah. Hutang meman tak pernah selesai, makin bertimbun ada la.

Adik-adik masih bersekolah lagi
Boleh diterima... nak buat macam mane dah jadi anak lelaki sulung maka kena la bertanggunjawab kat keluarga, lagi-lagi mcam aku abang sulung yang ada enam adik ini. Hehe. Tapi takkan nak tunggu semua adik-adik habis sekolah? Alamat dah berkedut la baru dapat kahwin.

Ekonomi tak stabil
Apa hal pulak  dengan masalah ekonomi. Ekonomi okey ke tak okey, kalau korang kata okey... esok lusa dah boleh kahwin.

Tak berani cakap dengan bini pertama
Amboi... bercinta nak, pasang spare tyre nak, tapi bila ajak kahwin kata tak berani nak terus terang. Confirm takut bini pakwe kau ini.

Belum sampai seru
Jodoh tak sampai hapanya? Dah couple sampai 9 tahun ini kira dah sampai jodoh la nih. Nak seru jodoh macam mana lagi?

7 ulasan:

Putri Malu @ ima salsuzaima berkata...

hahaha..betul kot..

Farhan Erza berkata...

Betul la, tak percaya cube la.

not irene berkata...

ada ada je...

Farhan Erza berkata...

ada ape?
ada lar.

hyemynameisrasyid berkata...

belum smpai seru dan kalau boleh nk ikut sunnah.,umor 25 ^^

Farhan Erza berkata...

bagus-bagus. ikutlah sunnah.

fRaMe+LenSeS berkata...

terbaik perkongsian ni. terima kasih. ;D

Nadh suka dengan blog kamu, perkongsian kamu,
Ni Nadh nak promote contest, Aku Ingin Berubah sahabat Nadh.

Mungkin kita leh sama-sama sampaikan message positive pada masyarakat dengan perkongsian dalam ni plak.. :D