Isnin

Bangun pagi 2 bungkus nasi lemak

Inilah rutin aku, bangun pagi serapan nasi lemak saja. Sebungkus sebelum mandi, sebungkus lagi lepas mandi.

Da naik muak aku makan nasi lemak ini hari-hari. Nak makan benda lain malas pula nak pergi menapak jauh sikit. Huhu.

Da lepas makan sebungkus tue baru aku ada tenaga nak online. Kalau tak, badan rasa tak sedap saja.

Sebenarnya bukan aku yang beli pun nasi lemak itu. Entah emak aku atau ayah aku. Aku tak tahu siapa yang beli sebab aku tak nampak.

Yang aku tahu aku bangun 7.30 pagi dua bungkus nasi lemak mesti da tersedia atas meja. Terima kasih kepada sesiapa yang belikan itu.

Kalau orang yang beli itu baca entry ini, lain kali tolonglah beli kuih @ roti canai pula. Bosan lah makan nasi lemak saja. Naik mengantuk masa kerja pun ada.

2 ulasan:

nuyui a.k.a miss NUSHA berkata...

wah..smpai 2 bgkus ea..

heheh,xpe..konyang..

Farhan Erza berkata...

dua bungkus lar. nasi lemak sekarang kan kecik jew, mane cukup.