Khamis

The Fantasy

Peristiwa hari ini betul-betul buat aku terfikir keputusan yang kita buat hari ini akan menentukan kehidupan kita di masa depan. Kenapa aku kata macam itu?

Hari ini aku dapat seorang customer melayu ini yang dari penilaian mata materialistik aku memang nampak dia ini seorang yang berpoket tebal. Cayalah. Aku pun pergi lar serve dia, tiba-tiba dia tanya
Customer: Baru habis SPM ker dik? Brape dapat?
Aku: Ha'ah.Dapat 8A 1B jew bang.
Customer: Hah? (Dia pandang aku atas bawah) Tahniah!
Dia terus salam tangan aku sebagai tanda tahniah.
Customer: Habis tue lepas ni nak sambung mane?
Aku: LAW! (Dengan penuh yakin aku jawab soalan dia, entah betul ker x aku mase ni?)
Cutomer: Jadi lawyer ini macam buka kedai runcit gak dik. Lawyer ini memang sedap kerjanya. Lumayan. Tapi cuba fikir dunia akhirat. Apa hukumnya kalau orang tue bersalah, kita putar belit, orang tue terlepas dari dakwaan, apa hukumnya?
Customer pergi try baju yang aku bagi tadi.
Terdiam aku dengar ayat dia. Betul gak kalau difikir-fikirkan.
Lepas dia habis try baju dia terus sambung cite,
Customer: Sebenarnya abang ini bekas peguam, baring tilam mahal pun tak boleh tidur. Hati gelisah aje. Tue abang berhenti. Pakai mahal-mahal, duduk rumah besar, tidur tilam lembut, pakai kereta mewah, tapi kalau mati t duk neraka tak guna jugak! Tapi kalau kau minat kau buat lar. Mungkin kau minat gan dunia kan?
Tergamam aku dengar pengakuan dia! 
Susah gak nak pilih kerja ini ae?Aku tak mengharap sangat dapat kerja gaji juta-juta sebulan, aku just nak hidup senang, ada masa untuk family, ada masa santai gan member, boleh belanja besar sikit, anak dapat belanja skola bagus, dapat bagi nafkah kat bini secukupnya & ada wang yang cukup untuk aku bersara dengan senang masa hari tua nanti.
Boleh ker???

Matrix Evolution

Hahaha. Title nak gempak jew. Padahal cerita pasal aku nak masuk matrikulasi jew. Yup, guys. Aku already decided nak masuk matrix jew. Lepas matrix baru aku decide aku nak masuk mana. Ala, setahun saja kan? Bukan lama pun. Pejam celik pejam celik da habis. Haha. Padahal aku belum rasa lagi. Senior semua kata kat Matrix kita perlu struggle sikit. Betul kew ini? Aku da lar jenis relax & slow mo jew. Kat Matrix semua berlumba-lumba. Semua orang pakai Turbo gan NOS. Tapi aku macam Siput jew. Hahaha. Apa aku mengarut ini?

Sebenarnya aku agak suka dapat masuk Matrix, dapat elaun makan, dapat banyak masa lagi fikirkan bidang apa yang sepatutnya aku masuk, aku suka pakai formal, & aku memang tak tahu nak sambung belajar kat mana sebanarnya. hahaha. Pathetic betul aku ini. Siapa boleh tolong?

Ahad

Destinasi Bajet!

Hah! Tengok title pun mesti da taw aku nak cerita pasal ape kan. Aku nak cerita pasal adventure seorang dak melaka menaiki bas pergi Hotel Kuda. Korang pernah dengar pasal Hotel Kuda x? Terbaik kot hotel ni. 6 Bintang bai. Korang memang duk gua mengadap facebook jew kalu hotel ini pon tak tahu. Selebriti kalau nak kahwin buat kat hotel ni lar baru standard! Hahaha. Hotel Kuda yang aku maksudkan tue sebenarnye Hotel Palace Of Golden Horses lar...

Ini lar antara kuda2 yang ade kat dalam hotel tue.
Adventure aku bermula seawal 8 pagi lagi. Maklum lar, semangat nak pergi da berkobar-kobar. Member lain rilek jew gah tidur lagi kat rumah. Aku yang jakun ini da siap naik bas da. Pukul 8.50 aku da sampai kat Melaka Sentral. Macam biase lar, rm1.80 harga tambang bas aku dari Telok Mas naik bas ke MC(Melaka Sentral lar). Sesudah sampai aku kat Mc tue terus jew aku pergi kat kaunter bas antara negeri. Ade lar Pakcik ni macam tahu-tahu jew aku nak pergi KL, terus die pergi 'Dik, KL dik, sekarang!'. Aku yang malas nak memerah otak di waktu pagi terus jew gerak pergi kaunter pakcik tue. 'Brape cik?', ak tanya.
'RM12 dik, bas yang sana tue'. Die tunjuk kat aku bas yang tertulis Melor Eskpres.Aku pun apa lagi, terus lar naik. Lame giler kot nak tunggu bas ni gerak.

Aku pon ingat turun nak beli pape lar, beli Cool Blog ker, sedap gak. Tapi belum sempat aku nak sampai mane2 kedai, pakcik yang jual tiket tue terus jerit kat aku 'Dik, bas da nak gerak dik'. Memecut aku lari. Hehe. Sape tak takut kena tinggal bas? Da lar segala harta aku ada dalam bas tue. Nak tahu tak kenapa bas tue lambat gerak? Rupa-rupanye driver bas yang da tua tue lupa kat mana dia letak kunci bas. Bengong kan? Aku yang memang sah-sah x cukup tidur malam tue bantai lar tidur dalam bas.

Bangun2 jew aku da sampai kat Highway. Signboard pertama yang aku nampak UPM. Wah! Da jauh bas ini jalan rupenya. Tak lama lepas itu aku nampak bas ini menuju ke satu kompleks yang agak besar jugak lar. Rupanya inilah die Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan. Kalah Melaka Sentral besarnya. Nasib baik lar bas ibi berhenti kat sini, rupa-rupanya aku da dekat gan hotel kuda tue, naik KTM, satu stesen jew da sampai Serdang. Sampai jew kat stesen Serdang, aku pekena nasi ayam gan milo ais kat situ. Mahal bai! Rm7.00 semua sekali. Kacang mesej aku suruh aku lepak The Mines. 3 jam aku ronda The Mines tue. Ini semua gara-gara aku yang terlebih semangat nak sampai awal. Padahal member semua gah lepak kat rumah lagi.

Tunggu punya tunggu punya tunggu... Akhirnya Raff, Rezza & Kacang pun sampai gak, selamba jew Rezza suruh aku menapak pergi KTM jumpe dorang. Kerana tidak diberi pilihan lain, aku pun memulakan langkah aku. Kami pun naik teksi dari KTM ke Hotel Palace Of Golden Horses. Agak mahal lar tambang teksi-teksi kat stesen ni, RM17 kot, da lar kami yang kena bayar tol. Biol nye teksi. Padahal harga sebenar RM15 jew.
Ini view dari bilik. smart x?
Sebenarnya panjang lagi adventure aku ini. Tapi kena sambung dalam entry lain. Aku busy lar. Bye bye!