Jumaat

Akhirnya lulus juga

Hari ini kali ketiga aku jejak kaki kat MSDC untuk jalani test JPJ motor Bahagian 3 aku. Malu sebenarnya aku nak cerita ini. Tapi memang pada hakikatnya aku buat test JPJ tiga kali. Abang Yahya tue kate aku benak betul aku ini.

P/S: Abg yahya tue ejen lesen aku.

Aku pagi tadi first time pergi hantar mak aku pergi kerja, mungkin dari sini datang berkatnya. Haha.

Semalam masa pergi Pantai Puteri aku baru cabut sticker L aku.  Pagi tadi tampal balik semata-mata nak pergi test. Yelar, minggu lepas JPJ relax duduk ddepan simpang tahan & saman siapa yang tak tampal sticker L & takde side mirror.

Kat MSDC pagi tadi aku jumpe Sufian, Nazirul Haziq yang sama-sama ambik ulangan bahagian tiga macam aku jugak. Alhamdulilah, kami bertiga lulus.

Aku bukan apa tak lulus kali pertama tue, aku da penat sebenarnya, sebab malam tue aku keluar dengan saudara aku pergi tengok movie Fast Five. Lepas habis movie tue kami lepak pula Dataran MBMB sampai tiga pagi. Memang lesu gila badan aku bangun pagi tue.

Kali kedua lak lain sikit cerita nya. Aku da ready da pagi tue, siap sarapan lagi. Memang tabiat aku kalau pagi-pagi minum air banyak-banyak. Memang buruk padahnya. Masa da hampir giliran aku diuji, pundi kencing aku ini macam nak explode. Tak tahan kencing punye pasal aku bawak motor laju-laju mase test tue.

Korang percaya tak cerita bom aku ini? Terpulang ler. Aku cuma nak kongsi...

2 ulasan:

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

tahniah coz lulus!!

nk gtau,ade guna nama kamu utk cerita rekaan..

maila tgk =)

http://nusha1706.blogspot.com/2011/05/cerita-kreatif-aku-bersama-ben-ashaari.html

Farhan Erza berkata...

thanx nuyui buat segmen untuk saya.