Selasa

Mati lagi dekat dari bahu kiri

Malam tadi aku keluar pergi topup kat kedai depan tue. Maxis rm5 jew, gah saving nak sambung belajar ini. Macam biasa lar aku naik Lagenda merah aku tue.

Sebelum masuk simpang depan rumah aku tue aku nampak ada motor tengah laju dari arah bertentangan. Menilai dari pengalaman aku, aku masih sempat nak masuk kat simpang ini.

Selesai jew masuk simpang aku terus berhenti depan rumah buka gate...

bbooommm!!!


Aku pun menolah ke arah bunyi yang kuat tue. Apa yang aku nampak cuma percikan api. Lagi? Lagi? Aku nampak satu tubuh terkulai kat tengah jalan.

Hah?! Orang accident lar. Aku gelabah tak tahu nak buat apa. Aku bukan pernah belajar buat rawatan kecemasan.Aku buat apa yang aku paling pandai. Call orang lar, kali ini nombor keramat 999 yang aku tekan. Memang tak pernah sepanjang hidup aku call nombor ini.

Aku tengok banyak darah kat mangsa sorang ini, nampak macam tak sedar jew. Aku nampak satu basikal satu motor. Mesti ada dua orang nye. Tapi aku nampak satu saja. Tengok lagi dekat rupanya ada lagi sorang, yang ini nampak ok sikit.

Dengar saja ada orang jawab 999 tue aku terus cakap hello, suara kat sana terus tanya 'encik farhan ada sebarang kecemasan?' Patutlar sekarang dah takde orang buat panggilan palsu, boleh kenal identiti kita rupanya.

Inilah budaya orang Malaysia, ada accident jew mesti macam pesta, semua hurung. Lima minit selepas accident berlaku tempat ini da macam pasar malam, ramai sesangat.

Aku tengok lagi sekali lagi mangsa kejadian, yang teruk tue memang da tak nampak muka, habis terburai isi pipi dia, yang lagi satu tue lebam sikit-sikit saja. Aku usha balik yang teruk tadi, kaki die da lembik lar, ini mesti dah patah.

Dalam lima belas minit selepas kejadian baru Ambulans sampai. Yang patah kaki tue saja naik ambulans, yang satu lagi kata dia da call family kata family die nak bawak pergi hospital.

Aku terfikir mungkin yang kena langgar itu boleh jadi aku. Ini buat aku sedar bila-bila maut boleh datang menjemput.

Akhir kata, tunggang dengan selamat, ingatlah yang tersayang.

3 ulasan:

AMIRA ATIYA berkata...

serius menakutkan..
Alhamdulillah lah bukan kau yang kena..

Chegu Zubir berkata...

serius baca dah takut huk3...seram la

Farhan Erza berkata...

korang baca takut. aku yang alami ini lagi cuak.