Jumaat

Akhirnya lulus juga

Hari ini kali ketiga aku jejak kaki kat MSDC untuk jalani test JPJ motor Bahagian 3 aku. Malu sebenarnya aku nak cerita ini. Tapi memang pada hakikatnya aku buat test JPJ tiga kali. Abang Yahya tue kate aku benak betul aku ini.

P/S: Abg yahya tue ejen lesen aku.

Aku pagi tadi first time pergi hantar mak aku pergi kerja, mungkin dari sini datang berkatnya. Haha.

Semalam masa pergi Pantai Puteri aku baru cabut sticker L aku.  Pagi tadi tampal balik semata-mata nak pergi test. Yelar, minggu lepas JPJ relax duduk ddepan simpang tahan & saman siapa yang tak tampal sticker L & takde side mirror.

Kat MSDC pagi tadi aku jumpe Sufian, Nazirul Haziq yang sama-sama ambik ulangan bahagian tiga macam aku jugak. Alhamdulilah, kami bertiga lulus.

Aku bukan apa tak lulus kali pertama tue, aku da penat sebenarnya, sebab malam tue aku keluar dengan saudara aku pergi tengok movie Fast Five. Lepas habis movie tue kami lepak pula Dataran MBMB sampai tiga pagi. Memang lesu gila badan aku bangun pagi tue.

Kali kedua lak lain sikit cerita nya. Aku da ready da pagi tue, siap sarapan lagi. Memang tabiat aku kalau pagi-pagi minum air banyak-banyak. Memang buruk padahnya. Masa da hampir giliran aku diuji, pundi kencing aku ini macam nak explode. Tak tahan kencing punye pasal aku bawak motor laju-laju mase test tue.

Korang percaya tak cerita bom aku ini? Terpulang ler. Aku cuma nak kongsi...

Khamis

Pupus ke air mata lelaki?

Tadi kat Facebook, syim cerita pasal air mata laki...

Ini status Syim

ini pula antara komen nya


Buka blog pun cerita pasal air mata lelaki.

Dua-dua pendapat dari kaum hawa, sekarang kaum adam sendiri nak cerita.

Ketahuilah bagi kami lelaki,

air mata tidak ternilai dengan batu permata,
air mata hanya lambang seorang wanita,
air mata buat kami jadi tak gagah,
air mata takkan selesaikan apa-apa,
air mata bukan untuk semua tetapi hanya untuk si dia.

Bila lelaki menitiskan air mata, dunia hampir kiamat baginya.

Melayu kita

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

Ketahui hak sebelum 'rela' dimadu

Hampir setiap hari di dada akhbar kita disaji dengan kes penceraian artis-artis tanah air kita. Tapi hari ini aku bukan nak cerita pasal artis kita. Aku nak cerita pasal masyarakat kita. Macam menjadi kebiasaan pasangan yang baru berkahwin bercerai-berai selepas 2 tahun berumah tangga. Tapi itu pun bukan tajuk aku kali ini.

Aku sebenarnya nak cerita mengenai pasangan yang lama berumah tangga bercerai akibat kengganan pihak isteri untuk meneruskan kehidupan secara berpoligami. Memang poligami menjadi kepantangan ramai wanita. Tapi melarikan diri, memberontak atau menuntut untuk bercerai bukan pilihan yang patut diambil oleh wanita. Aku bercakap begini bukan kerana aku lelaki tapi kerana aku prihatin.

Isteri juga hendaklah menerima hakikat bahawa mengizinkan suami berpoligami tidaklah bermakna bahawa mereka hilang segala-galanya dan berakhirlah kehidupan mereka. Sebaliknya jika penceraian berlaku anak-anak akan mendapat kurang perhatian dan kasih sayang dari seorang bapa dan pembahagian harta menjadi kelam kabut.

Adalah baik untuk difikirkan jika isteri pertama dapat menggunakan kebijaksanaannya dengan meletakkan syarat dimaktubkan dalam satu perjanjian yang menyatakan haknya sebagai isteri pertama kepada harta, pembahagian masa dan nafkah isteri dan anak jika poligami itu diteruskan suami.

Dengan adanya perjanjian seumpama ini, isteri pertama akan dapat memastikan bahawa hak-haknya sebagai isteri pertama akan terbela pada setiap masa.Malah, tindakan mahkamah boleh diambil jika suami mengabaikan tanggungjawabnya.

Ramai isteri mengetahui bahawa bahagian faraid mereka adalah 1/8 jika mereka mempunyai anak dan 1/4 jika mereka tidak ada anak tetapi ramai di kalangan wanita yang terlepas pandang bahawa jika suami mereka berpoligami contohnya mempunyai dua isteri maka bahagian 1/8 isteri berkenaan akan dibahagi dua menjadi 1/16 bersama isteri yang baru atau dibahagi tiga jika suami berkahwin tiga.

Bagi memastikan sumbangan isteri pertama yang bersama-sama bersusah payah dengan suami bagi tempoh yang lama dapat dilindungi daripada dituntut oleh isteri muda atau anak tiri, adalah perlu bagi suami menyatakan dengan jelas hak isteri pertama melalui Ikrar Harta Sepencarian atau Suratcara Hibah.

Tanpa menggalakkan amalan poligami yang menjadi kepantangan sesetengah wanita, kita perlu menerima hakikat bahawa sudah tiba masa masyarakat Melayu kita menilai semula persepsi kita berkaitan poligami. Budaya dan tanggapan masyarakat Melayu di Malaysia begitu memandang serong kepada suami yang ingin berpoligami hinggakan terkadang kita seolah-seolah menghantar isyarat yang salah kepada kaum lelaki bahawa mempunyai hubungan sulit secara tidak sah adalah lebih baik daripada berpoligami.

Selasa

Mati lagi dekat dari bahu kiri

Malam tadi aku keluar pergi topup kat kedai depan tue. Maxis rm5 jew, gah saving nak sambung belajar ini. Macam biasa lar aku naik Lagenda merah aku tue.

Sebelum masuk simpang depan rumah aku tue aku nampak ada motor tengah laju dari arah bertentangan. Menilai dari pengalaman aku, aku masih sempat nak masuk kat simpang ini.

Selesai jew masuk simpang aku terus berhenti depan rumah buka gate...

bbooommm!!!


Aku pun menolah ke arah bunyi yang kuat tue. Apa yang aku nampak cuma percikan api. Lagi? Lagi? Aku nampak satu tubuh terkulai kat tengah jalan.

Hah?! Orang accident lar. Aku gelabah tak tahu nak buat apa. Aku bukan pernah belajar buat rawatan kecemasan.Aku buat apa yang aku paling pandai. Call orang lar, kali ini nombor keramat 999 yang aku tekan. Memang tak pernah sepanjang hidup aku call nombor ini.

Aku tengok banyak darah kat mangsa sorang ini, nampak macam tak sedar jew. Aku nampak satu basikal satu motor. Mesti ada dua orang nye. Tapi aku nampak satu saja. Tengok lagi dekat rupanya ada lagi sorang, yang ini nampak ok sikit.

Dengar saja ada orang jawab 999 tue aku terus cakap hello, suara kat sana terus tanya 'encik farhan ada sebarang kecemasan?' Patutlar sekarang dah takde orang buat panggilan palsu, boleh kenal identiti kita rupanya.

Inilah budaya orang Malaysia, ada accident jew mesti macam pesta, semua hurung. Lima minit selepas accident berlaku tempat ini da macam pasar malam, ramai sesangat.

Aku tengok lagi sekali lagi mangsa kejadian, yang teruk tue memang da tak nampak muka, habis terburai isi pipi dia, yang lagi satu tue lebam sikit-sikit saja. Aku usha balik yang teruk tadi, kaki die da lembik lar, ini mesti dah patah.

Dalam lima belas minit selepas kejadian baru Ambulans sampai. Yang patah kaki tue saja naik ambulans, yang satu lagi kata dia da call family kata family die nak bawak pergi hospital.

Aku terfikir mungkin yang kena langgar itu boleh jadi aku. Ini buat aku sedar bila-bila maut boleh datang menjemput.

Akhir kata, tunggang dengan selamat, ingatlah yang tersayang.

Isnin

Angry Bird kegilaan terkini

Aku dua tiga hari ini walaupun 24 jam duduk depan lappy tapi aku tak berapa aktif online kan? Korang perasan tak? Aku jarang ajak chat. Aku jarang comment status. Aku jarang Blogwalking. Aku jarang upload gambar.

Nak tahu kenapa?

Semua gara-gara penangan game Angry Bird lar. Memang seronok gile main game ini kalau korang tahu camne nk mainkannya.

Burung dalam game ini berlainan sebab setiap darinya mempunyai fungsi yang berbeza, yang merah boleh 'lock on' target, yang kuning boleh bergerak laju, yang biru boleh berganda jadi tiga, yang putih boleh jatuhkan telur yang boleh meletup, yang hitam pula boleh meletup dengan sendiri.

Cara nak mainkan game ini pula senang, aim korang adalah membunuh setiap babi yang ada dalam sesuatu level. Korang kena selesaikan satu level baru boleh nak satu level yang lain.

Memang seronok game ini, dengan character yang cute giler, letupan, cara nak main yang senang, banyak level & takde bluffing.

Ini pula video Angry Bird yang aku tengok kat YouTube: