Ahad

Destinasi Bajet!

Hah! Tengok title pun mesti da taw aku nak cerita pasal ape kan. Aku nak cerita pasal adventure seorang dak melaka menaiki bas pergi Hotel Kuda. Korang pernah dengar pasal Hotel Kuda x? Terbaik kot hotel ni. 6 Bintang bai. Korang memang duk gua mengadap facebook jew kalu hotel ini pon tak tahu. Selebriti kalau nak kahwin buat kat hotel ni lar baru standard! Hahaha. Hotel Kuda yang aku maksudkan tue sebenarnye Hotel Palace Of Golden Horses lar...

Ini lar antara kuda2 yang ade kat dalam hotel tue.
Adventure aku bermula seawal 8 pagi lagi. Maklum lar, semangat nak pergi da berkobar-kobar. Member lain rilek jew gah tidur lagi kat rumah. Aku yang jakun ini da siap naik bas da. Pukul 8.50 aku da sampai kat Melaka Sentral. Macam biase lar, rm1.80 harga tambang bas aku dari Telok Mas naik bas ke MC(Melaka Sentral lar). Sesudah sampai aku kat Mc tue terus jew aku pergi kat kaunter bas antara negeri. Ade lar Pakcik ni macam tahu-tahu jew aku nak pergi KL, terus die pergi 'Dik, KL dik, sekarang!'. Aku yang malas nak memerah otak di waktu pagi terus jew gerak pergi kaunter pakcik tue. 'Brape cik?', ak tanya.
'RM12 dik, bas yang sana tue'. Die tunjuk kat aku bas yang tertulis Melor Eskpres.Aku pun apa lagi, terus lar naik. Lame giler kot nak tunggu bas ni gerak.

Aku pon ingat turun nak beli pape lar, beli Cool Blog ker, sedap gak. Tapi belum sempat aku nak sampai mane2 kedai, pakcik yang jual tiket tue terus jerit kat aku 'Dik, bas da nak gerak dik'. Memecut aku lari. Hehe. Sape tak takut kena tinggal bas? Da lar segala harta aku ada dalam bas tue. Nak tahu tak kenapa bas tue lambat gerak? Rupa-rupanye driver bas yang da tua tue lupa kat mana dia letak kunci bas. Bengong kan? Aku yang memang sah-sah x cukup tidur malam tue bantai lar tidur dalam bas.

Bangun2 jew aku da sampai kat Highway. Signboard pertama yang aku nampak UPM. Wah! Da jauh bas ini jalan rupenya. Tak lama lepas itu aku nampak bas ini menuju ke satu kompleks yang agak besar jugak lar. Rupanya inilah die Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan. Kalah Melaka Sentral besarnya. Nasib baik lar bas ibi berhenti kat sini, rupa-rupanya aku da dekat gan hotel kuda tue, naik KTM, satu stesen jew da sampai Serdang. Sampai jew kat stesen Serdang, aku pekena nasi ayam gan milo ais kat situ. Mahal bai! Rm7.00 semua sekali. Kacang mesej aku suruh aku lepak The Mines. 3 jam aku ronda The Mines tue. Ini semua gara-gara aku yang terlebih semangat nak sampai awal. Padahal member semua gah lepak kat rumah lagi.

Tunggu punya tunggu punya tunggu... Akhirnya Raff, Rezza & Kacang pun sampai gak, selamba jew Rezza suruh aku menapak pergi KTM jumpe dorang. Kerana tidak diberi pilihan lain, aku pun memulakan langkah aku. Kami pun naik teksi dari KTM ke Hotel Palace Of Golden Horses. Agak mahal lar tambang teksi-teksi kat stesen ni, RM17 kot, da lar kami yang kena bayar tol. Biol nye teksi. Padahal harga sebenar RM15 jew.
Ini view dari bilik. smart x?
Sebenarnya panjang lagi adventure aku ini. Tapi kena sambung dalam entry lain. Aku busy lar. Bye bye!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nasib jumpe balik kunci . klo xjumpe..memang tak gerak gerak la jawabnya

Farhan Erza berkata...

tue lar pasal.
driver pon bengong,
da taw nk drive bus,
kunci jage lar elok2.