Sabtu

The Road Not Taken

Perjalanan hidup aku sekarang adalah di depan persimpangan. Satu jalan menuju ke matrix yang hanya setahun & yuran yang murah, satu jalan lagi pula menuju ke Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang yuran agak mahal & 3 tahun tempoh belajar.

Agak-agak aku nak pilih apa? Setengah kata kau patut masuk matrix, segelintir kata aku patut masuk Dip. Mulut orang memang susah nak tutup. Kata hati aku pula susah nak aku sendiri dengar.

Kalau masuk matrix aku nak ambil pilihan mana satu? Kalau masuk matrix aku ada peluang nak jadi doktor, tapi ramai kata matrix macam rat race, semua bersaing tahap gaban kat matrix. Tapi matrix cambest sebab ada elaun. Masyuk tue...

Diploma Kejuruteraan Mekanikal pula memang bidang yang aku minat & agak yakin untuk berjaya. Confident jew. Ramai kata Lepasan Diploma boleh cari makan, tak macam matrix. Aku dapat Dip ini kat Universiti Tun Hussein Onn yang terletak dekat dengan Batu Pahat. Dekat sana ada banyak shopping mall... tak rasa macam dah salah niat ker?

Whatever lah. Sekarang aku dah buat pilihan muktamad, aku akan buat Diploma, bukan lama sangat pun, pejam jelik pejam jelik dah habis tiga tahun kan jiha?

Doakan aku berjaya ok.

2 ulasan: